Pencerakinan Di dalam Punjung

Di dalam Punjung telah dilukis oleh Gierymski pada tahun 1882 selepas tinggal di Rom dan dianggap sebagai pendekatan beliau terhadap ketanggapwanan. Ia juga merupakan bantahannya terhadap mengaitkan karyanya terutamanya dengan menggambarkan kehidupan orang miskin, yang merupakan ciri-ciri lukisan awal beliau. Beliau ingin membuktikan kepada pengkritik bahawa teknik pengluahan seni yang nyatawiah boleh menggambarkan pelbagai jenis adegan termasuk yang berkaitan dengan kehidupan golongan atasan. Beliau memberikan perhatian mendalam terhadap butir-butiran dan berputus untuk memakaikan tokoh-tokoh dalam lukisan tersebut dengan pakaian tampan dari abad sebelumnya sebagai cara untuk menunjukkan kemahiran seninya.[2][3] Karya Gierymski boleh dibandingkan dengan tanggapwan-tanggapwan Perancis sezamannya, walaupun beliau belum pernah ke Paris dan tiada bukti bahawa dia telah melihat karya mereka.[4][5]

Berkaitan